Taman Tamadun Islam Pulau Wan Man, Terengganu mengecewakan
Posted by zulbigo in Agama, Engineering & Sciences, Knowledge Sharing, Politics & Economy on February 16th, 2010
1. Tak sangka. Sudah 5 bulan Zul tidak bersuara. Tetapi Zul tidak berhenti dari memberi pendapat dan pandangan secara terbuka. Malah tidak pula rasa gentar dengan limitation of ‘freedom of speech”.
2. 2 hari lepas, Zul melawat Taman Tamadun Islam Pulau Wan Man, Terengganu. Alhamdulillah, dapat juga tengok masjid-masjid ternama di serata dunia.
3. Namun begitu, ada beberapa perkara yang mungkin boleh di ambil berat oleh pihak penganjur tempat ini.
4. Isi penting bagi menegakan sejarah ketamadunan Islam tidak jelas dari segi penampilan isi pati taman tamadun ini.
5. Jika seseorang bukan Islam melawat tempat ini, dia akan pulang dengan tangan kosong.
6. Seharusnya tempat ini membuatkan seseorang rasa bangga menjadi seorang Islam dan merasa lebih sayang akan agama Islam kerana Islam tersebar dan maju dalam ketamadunan yang hebat.
7. Sayang, Taman Tamadun Islam ini tidak berjaya menimbulkan perasaan begini melalui isi pati pamerannya.
8. Orang bukan Islam pula tidak akan merasakan Tamadun Islam itu hebat, apatah lagi untuk mencetuskan di dalam hatinya Islam itu hebat.
9. Taman Tamadun Islam ini sepatutnya menjadi pusat dakwah dan tarbiah.
10. Bukan Taman Tamadun Islam ini sekadar untuk memperlihatkan kehebatan seni dan sivil engineering.
11. Teguran tanpa solusi agak memalukan.
12. Zul ingin mencadangkan agar taman ini mengenengahkan konsep perjalanan dan sejarah ketamadunan Islam itu.
13. Mengatur langkah bagi menjelaskan perkembangan Islam dari Kota Mekah…Kota Madinah…ke jajahan takluk lain…sehinggalah tibanya di tanah Melayu.
14. Dengan menunjukkan perkembangan dari segi masa, orang ramai akan lebih menghargai sejarah dan mudah merasa dirinya terlibat dalam isi pati cerita itu.
15. Akhir sekali, nama Taman Tamadun tidak sesuai jika masih tidak dapat mengenengahkan ketamadunan dalam penyampaian isi pati pameran.
16. Bagai memanggil bola merah dengan nama Hitam.
17. Malaysia seharusnya perlu belajar dari negara lain dalam teknik penyampaian isi pati ilmu melalui pameran dan taman ilmu. Sepertimana kita dapat bezakan antara teknik penyampaian isi pati ilmu di Pusat Sains Negara dan Petrosains.
18. Ilmu itu penting dan sangat berharga. Jangan kerana kelemahan cikgu, murid tercalar sudah peluangnya untuk belajar.
19. Tamadun Dunia dibina atas dasar pembangunan ilmu dan sosial sebelum teknologi dan kejuruteraan terbina menjadi tapak mempamerkan dengan riaknya siapa pemilik tamadun itu.
20. Pyramid giza antara elemen menunjukan ketinggian Tamadunnya, ilmu dan sosial perlu datang dahulu sebelum orang di tamadun itu membina pyramid itu.
21. Jadi, Taman Tamadun Islam Pulau Wan Man, seharusnya menjadi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk mengenal tamadun islam supaya membina tamadun pada hari ini dan menjadi pusat dakwah Islamiah kepada mereka bukan Islam.
22. Baikilah teknik penyampaian ilmu berlandaskan pameran dan lawatan.
23. Melayu dan Islam mampu menjadi Tamadun yang tinggi.
24. Kepada penganjur Taman Tamadun Islam, sila lihat Peti Cadangan anda atau hubungi saya secara terus di no tel zero-17-tiga-ribu-240
Kembara Pantun (Sembang Kosong)
Purbawi:
Jauh bukan seberang baruh,
Jauh pekaka mencari peneman;
Jatuh bukan sebarang jatuh,
Jatuh cempaka ke tangan budiman.
ZuLBiGo:
Dekat itu dalamnya darah,
Dekat itu sudah sebati;
Dekat itu datang bernikah,
Dekat itu belumnya pasti.
ZuLBiGo:
si rimba kenari terbang kembara,
membawa kasih rindu bersama khabar,
datang sendiri terteman tiga,
manakan tahu bila tercabar
ZuLBiGo:
asah keris kilat memutih,
ukiran hulu megah dikilek,
bukan niat untuk memilih,
tetapi rezeki datang bergolek
Purbawi:
gadis ayu bertudung litup,
disulam manik berangkai-rangki.
sudah tersurat dalam hidup,
buaya mana menolak bangkai.
ZuLBiGo:
tudung litup bersulam kaca,
dipandang raja berkelip mata,
bukan kencana itulah buaya,
tetapi hati yang meronta…
Purbawi:
mudik perahu ke pulau tioman,
dicucuk org melatah-latah.
kisah silam jadi pedoman,
rezki jgn ditolak mentah.
ZuLBiGo:
bulan tegak berdiri menyinari alam,
malam indah bertambah seri
sudah menjadi lumrah alam
orang tak bagi kita memberi
Purbawi:
berpusing2 si udang kara,
menanti pukat tak kendur kendur,
kesian hamba pada si dara,
menunggu buah yg tak gugur gugur
ZuLBiGo:
si dara cantik bersisip bunga,
dipetik kencana dibawa lari,
hati dara sudah jatuh cinta,
sanggup bermadu hingga ke mati
Purbawi:
dara diam tertanya-tanya,
simpan bunga di dalam kantung;
buaya di idam sudah berpunya,
makan hati berulam jantung
ZuLBiGo:
antara iman dan nafsu
antara cinta dan kasih
bermadu jika mampu
cinta pada yang Maha Pengasih
ZuLBiGo:
burung merpati sijinak betina,
burung pipit mesra berdandan,
tatkala kini hilang kemana,
sudah rindu tidak keruan
Purbawi:
asal kayu jadi pagaran,
licin tiang di buat sisik.
bukan rindu jadi ukuran,
cuma hilang tempat mengusik
ZuLBiGo:
bermain duyung di kuala seberang,
disaksi oleh si api api,
usik si bunga bukan sebarang,
bagai minyak bermain api
Purbawi:
kumbang melirik mata ke pipi,
disaksi oleh si api api;
minyak mengusik tak sentuh api, ‘
cuma bermain di tepi tepi
ZuLBiGo:
keris ayam diasah asah dikaki,
demi taruhan ayam laga,
berasak-asak dari tepi,
akhirnya ke tengah juga
Purbawi:
kurang hamba bukan usia,
tidak mencari kerja menghiba;
tidak hamba bekerja sia,
tak mungkin bulan jatuh ke riba
ZuLBiGo:
bulan terang menyuluh kelam hari,
ada hari patik bergelap meraba;
tuanya malam purnama meminta diri,
dimana dia jika bukan serendah riba
Purbawi:
Lalang tumbuh melata-lata,
tenggelam perigi berserta timba;
kalau sungguh bagai dikata,
akan ku tunggu saatnya tiba.
ZuLBiGo:
perigi buruk isian keli,
jangan dipancing atau ditimba,
jika benar niat dihati,
datanglah dia sebelum siang kunjung tiba
Purbawi:
Turun kebaruh menahan kedidi,
hilang kedidi tinggal haruan;
kalau sungguh benda nak jadi,
tidak ku soal aturan tuhan.
ZuLBiGo:
senyum haruan berenang di air,
tak sedar anak dijamah keli,
ambil secangkir air,
jenguk muka tenung diri
purbawi:
budak budak naik pedati,
patah roda di langgar lori;
tidak sedikit terlintas di hati,
apatah bermimpi di siang hari.
ZuLBiGo:
awan dihiasi pelangi warna warni,
menjamah kopi dengan roti,
bukan salah niat murni,
cuma pilih dara sejati
purbawi
Kaki tangan tinggal terikat,
hanya melihat dengan pandangan;
hakikat tetap tinggal hakikat,
bunga di taman kekal larangan
ZuLBiGo:
tepung putih di atas tangan,
jatuh atas lantai lincin,
bunga ditaman dibiar jangan,
sekuntum sudah disarung cincin
Purbawi:
pucuk pauh delima batu,
anak sembilang tidak ku tadah;
selamat tinggal ia disitu,
taman org tidak ku redah.
Memartabatkan Bahasa Melayu
Posted by zulbigo in Politics & Economy on November 1st, 2009
Dalam mengutarakan isu ini terlebih dahulu saya mengakui bahawa saya bukanlah pengamal Bahasa Melayu secara menyeluruh dengan erti kata lain bahawa saya mencampur aduk bahasa Melayu dengan bahasa lain dan merasakan penggunaan bahasa Inggeris saya adalah lebih meluas.
Saya memuji tindakan kerajaan berniat dan merancang langkah-langkah bagi memartabatkan bahasa Melayu dan juga menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Alhamdulillah sungguh murni dan saya menyokong setinggi-tingginya cita-cita itu agar orang seperti saya juga akan merubah dan lebih gemar berkomunikasi dalam bahasa Melayu sewajarnya.
Akan tetapi, apabila kita bercakap dalam konteks “memartabatkan”, adakah kita hanya mahu bahasa Melayu digunakan di tepian jalan atau di tempat awam sahaja? Martabat adalah memiliki nilai yang tinggi dan disanjung serta digemari. Oleh yang demikian, penggunaan bahasa Melayu perlu menyeluruh tidak kira tempat dan masa, sewajarnya keseluruh Malaysia sendiri.
Suka saya ingin mengutarakan bahawa untuk tujuan memartabatkan bahasa Melayu, kita bukan sahaja perlu menggunakan bahasa Melayu dalam peperiksaan awam, sekolah dan di tempat awam. Tetapi perlu bermula dari institusi yang lebih tinggi nilainya supaya bahasa itu dinilai tinggi juga. Contohnya, bahasa istana masih tinggi bahasanya kerana bahasanya digunakan di tempat yang bernilai tinggi. Untuk memartabatkan bahasa Melayu, eloklah bahasa Melayu digunakan ditempat yang juga martabatnya tinggi.
Cadangan saya adalah untuk tidak mengizinkan seorang pun ahli Dewan Rakyat, Dewan Negara dan setiap ahli mahkamah untuk meminjam bahasa asing dalam urusan rasmi mereka. Lihat sahaja Bajet 2010, berapa banyak bahasa asing digunakan dalam pembentangan. Lihat sahaja parlimen kita untuk apa jua pembentangan dan perbahasan, berapa banyak bahasa asing digunakan. Akan tetapi, perkataan-perkataan yang dipinjam ini ada atau wujud dalam bahasa Melayu. Jadi, tidak layak untuk mereka menggunakan bahasa Inggeris. Oleh yang demikian, saya menegaskan jika ingin jayakan niat baik ini, kita perlu bermula dari orang yang menyarankan niat baik ini iaitu ahli-ahli dewan rakyat dan dewan negara. Jangan gunakan bahasa asing di dewan parlimen kita. Ini insya-Allah akan meningkatkan martabat bahasa Melayu kerana menjadi contoh yang baik bagi rakyat dan merasakan bahasa Melayu itu tinggi nilainya.
Ahli-ahli dewan negara dan ahli-ahli dewan rakyat perlu membawa Kamus Dewan dan merujuknya jika ingin mengutarakan bahasan dan pembentangan. Amat sedih sekali apabila sebegitu mudah bahasa asing dapat memintas bahasa melayu dalam perbahasan dewan rakyat walhal bahasa Melayu mempunyai perkataan yang sama. Ini menunjukan bahawa bahasa komunikasi harian para ahli dewan rakyat dan dewan negara adalah bukannya bahasa Melayu tetapi sebenarnya bahasa Inggeris atau bahasa penjajah. Tidak jauh, seperti saya sendiri. Oleh yang demikian, jika niat mereka untuk memartabatkan bahasa Melayu, merekalah perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk memartabatkan bahasa Melayu, bukan sahaja dengan mengubah polisi dan mengaturcara program-program kempen bahasa. Tunjukan pada rakyat bahawa menggunakan bahasa Melayu dalam urusan harian adalah mudah untuk tidak dicampur-adukan dengan bahasa asing. Tunjukan contoh bahawa bahasa Melayu ini tinggi nilainya kerana mampu mengutarakan setiap ayat dan perkataan dengan mudah. Dan menempatkan bahasa Melayu dipejabat kerajaan, di parlimen dan di mahkamah adalah sangat wajar bagi mempamerkan tingginya nilai bahasa Melayu dan martabatnya.
Dan yang terakhir, adalah kemestian untuk menukar setiap alamat laman web kerajaan yang saya rasa hampir kesemuanya dalam bahasa inggeris contohnya www.pmo.gov.my (Tajuk Web: The Official Website Of Prime Minister’s Office of Malaysia), www.moe.gov.my (Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia), www.mohe.gov.my, www.moa.gov.my dan banyak lagi.
Bagi niat kita merealisasikan cita-cita meninggikan martabat bahasa Melayu adalah wajar kita mengikiskan rasa malu dan kekok kita meskipun terpaksa membiasakan diri untuk memanggil laman web sebagai laman sesawang sekali pun.
Akhir kata…. GOOD LUCK (Semoga Berjaya!)
Kesan Gempa Bumi di Padang & Jambi pada Kita Sebangsa,Seagama dan Sebahasa
Posted by zulbigo in Agama, Knowledge Sharing, Personal on October 8th, 2009
Astagfirullahhal’azim. Akuilah Allah Yang Maha Kuasa dan Allah Maha Mengetahui dan Allah Maha Penyayang dan Allah Maha Adil dan Allah Maha Berhak atas apa yang Dia kehendaki.
Waktu kejadian gempa bumi di Padang adalah
September 30, 2009 jam 17:16 - 17:17
(bukti waktu di http://en.wikipedia.org/wiki/2009_Sumatra_earthquakes dan http://www.thejakartapost.com/news/2009/09/30/magnitude-76-shakes-w-sumatra.html)
Gempa bumi susulan di Padang berlaku pada 42minit selepas yang pertama iaitu
September 30, 2009 jam 17:58
Kemudian Allah menggegarkan Jambi pada
October 1, 2009 jam 08:52
(bukti waktu di http://www.thejakartapost.com/news/2009/10/01/strong-earthquake-shakes-jambi.html )
Mari kita tengok pula Ayat Al-Quran berdasarkan waktu waktu tersebut.
17:16-17:17
Surah ke 17: Surah Al-Israa’
Ayat ke 16-17:
Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya. (16) Dan berapa banyak umat-umat yang kami telah binasakan sesudah zaman Nabi Nuh; dan cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui lagi melihat akan dosa-dosa hambaNya. (17)
17:58
Surah ke 17: Surah Al-Israa’
Ayat ke 58:
Dan tiada sesebuah negeri pun melainkan Kami akan membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami menyeksa penduduknya dengan azab seksa yang berat; yang demikian itu adalah tertulis di dalam Kitab (Luh Mahfuz). (58)
08:52
Surah ke 8: Surah Al-Anfal
Ayat ke 52:
(Keadaan orang-orang kafir itu) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang yang terdahulu dari mereka. Mereka kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, lalu Allah menyeksa mereka dengan sebab dosa-dosa mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha berat seksaNya. (52)
Melihat ayat-ayat sebelum dan selepasnya juga
Dan (amatlah ngerinya) kalau engkau melihat (wahai orang yang memandang), ketika malaikat mengambil nyawa orang-orang kafir dengan memukul muka dan belakang mereka (sambil berkata): Rasalah kamu azab seksa Neraka yang membakar. (50) (Azab seksa) yang demikian itu ialah disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan kamu sendiri, kerana sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya. (51) (Keadaan orang-orang kafir itu) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang yang terdahulu dari mereka. Mereka kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, lalu Allah menyeksa mereka dengan sebab dosa-dosa mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha berat seksaNya. (52) (Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui. (53)
Profile Jambi
Affinity Bloc:Malay Peoples
People Cluster: Melayu of Sumatra
People Name General: Jambi
Primary Language: Malay, Jambi (984,000 Speakers)
Primary Religion: Islam
Religion Sub-division: Sunni
Jambi tidak jauh bezanya dengan kita di Malaysia iaitu mereka juga bangsa Melayu, berbahasa Melayu dan beragama Islam. Jambi merupakan kawasan sasaran Joshua Project (www.joshuaproject.net) , satu projek dakwah Kristianiti yang berselindung di bawah objektif penyelidikan kerana mereka mengenalpasti bahawa penduduk Jambi, meskipun menganut agama Islam dengan juga membaca al-Quran dan hadith, tetapi mereka juga kuat percaya kepada ritual bomoh, dukun dan spiritual.
Moral:
Allah mengasihani hambanya di tempat tempat berlaku bencana ini; menyelamatkan mereka yang beriman dari maksiat dan murtad.
Allah memberi balasan di dunia bagi mereka yang melakukan kesalahan.
Allah memberi pengajaran kepada kita di Malaysia dengan menunjukkan kuasanya pada rakan kita (sebangsa, seagama, sebahasa; Melayu, Islam, Melayu) agar kita di Malaysia jauhi serta hentikan maksiat, malah kita mesti tingkatkan amalan, iman dan taqwa kepada Allah SWT.
Allah hanya menggegarkan kita sedikit supaya kita diberi masa untuk kembali ke jalan Allah, agar kita sedar dan insaf sebelum terlambat.
Wahai orang-orang Kristian,
Ketahuilah bahawa Agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW itu adalah benar dan nyata sekali kebenarannya. Allah menjadikan agama Nabi Muhammad iaitu agama Islam itu sempurna dan kekal. Tiada lagi kebenaran jika agama dan wahyu itu diubah suai isi kandungnya. Allah itu Tuhan yang wujud dan benar. Janganlah kamu tergolong dikalangan mereka yang rugi iaitu kafir dengan agama Allah, walhal, kamu juga percaya pada Nabi yang sama dengan Nabi yang kami percayai dan beriman. Kamu tidak jauh dari kebenaran. Pulanglah ke jalan yang benar. Percayalah Allah itu satu-satunya Tuhan yang ada dan Dialah Tuhan yang disembah, serta Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Semoga Allah membuka hatimu dan membawa pulang kamu ke jalan yang diredhaiNya. Amiin.
Wallahu’alam.