Syair Perahu oleh Sheikh Hamzah Fansuri

Inilah gerangan suatu madah mengarangkan syair terlalu indah, membetuli jalan tempat berpindah, di sanalah i’tikat diperbetuli sudah Wahai muda kenali dirimu, ialah perahu tamsil tubuhmu, tiadalah berapa lama hidupmu, ke akhirat jua kekal diammu. Hai muda arif-budiman, hasilkan kemudi dengan pedoman, alat perahumu jua kerjakan, itulah jalan membetuli insan. Perteguh jua alat perahumu, hasilkan bekal air dan kayu, dayung pengayuh taruh di situ, supaya laju perahumu itu Sudahlah hasil kayu dan ayar, angkatlah pula sauh dan layar, pada beras bekal jantanlah taksir, niscaya sempurna jalan yang kabir. Perteguh jua alat perahumu, muaranya sempit tempatmu lalu, banyaklah di sana ikan dan hiu, menanti perahumu lalu dari situ. Muaranya dalam, ikanpun banyak, di sanalah...

Read More

Perlantikan Pemimpin, teladan dari Sirah Nabi Adam AS

Kisah Nabi Adam AS membawa teladan dari aspek kepimpinan yang sangat penting. Ini kerana sirah Nabi Adam AS membawa pengajaran akan bagaimana proses perlantikan khalifah dan bagaimana seorang khalifah berhadapan dengan kesilapan dirinya sendiri. Sepertimana yang kita sedia maklum (penulis cadangkan bahawa pembaca telah mengetahui akan sirah Nabi Adam AS), Allah SWT telah menciptakan Nabi Adam AS dan melantik Baginda menjadi khalifah di alam ini. Perlantikan itu mendapat pertentangan dan pertembungan di antara Allah, malaikat dan iblis. Para malaikat mempersoalkan kenapa Allah ingin melantik seorang makhluk yang akan membuat kerosakan dan pertumpahan darah sebagai khalifah. Manakala iblis pula tidak bersetuju dengan perlantikan itu kerana merasakan dirinya lebih...

Read More

Aku Seekor Helang

Gunung Keriang – itulah nama tempat lahirku. Sejak aku mampu terbang sendiri di awan, aku gemar terbang tinggi di awan. Melihat pohonan kayu menjadi kecil dan terus sayup saujana mataku memandang adalah sesuatu yang menyeronokan. Meskipun terbang tinggi menjadi kebanggaanku, aku masih tidak mampu menewaskan seekor burung gergasi yang akan terbang jauh tinggi dariku dan lebih pantas meluncur di udara. Aku kehairanan hingga pada suatu hari aku nekad untuk mengenal siapakah jaguh yang sering menewaskan aku. Pagi yang indah itu bermula dengan langit yang cerah dan membiru. Ton merah matahari menghilang, perutku sudah ku padatkan dengan ikan haruan dari bendang berhampiran. Aku perlu tenaga untuk mengejar lawanku untuk aku berkenalan dengannya. Aku menunggu di...

Read More

Kepimpinan yang Mendidik

Seorang ketua negara adalah pemimpin rakyatnya. Seorang majikan adalah pemimpin pekerjanya. Seorang ketua kampung adalah pemimpin penduduk kampungnya. Seorang ayah adalah pemimpin keluarganya. Seorang individu adalah pemimpin dirinya sendiri. Tidak kurang hebatnya tanggungjawab memimpin bagi setiap individu. Memimpin adalah perlu bagi meletakan jagaan kepimpinan samada diri sendiri atau ahli organisasi di jalan menuju kepada objektif yang ditetapkan. Dalam pada mengatur langkah tersebut, diri kita atau organisasi dipersiapkan bagi memastikan kita dalam keadaan sedia dan sesuai setibanya ke destinasi objektif. Oleh kerana itu, seharusnya kita mendidik dalam memimpin. Jika pemimpin hanya mementingkan objektif tetapi tidak mempersiapkan pimpinannya, maka, objektif...

Read More

Novel: Tawaf Penggembala – Bahagian 14

‘Pejabat pos…? Pengurus…? Surat arahan..?’ bisik hati dan fikiran Fathul yang melayang-layang lalu berhempas-hempas antara satu sama lain agar dipecahkan untuk memberikan gambaran yang jelas. Fathul merasa kurang yakin dengan apa yang didengarnya tadi. Tetapi, siapa lagi yang harus dia percayakan jika tidak pada orang dalaman pejabat Tan Sri Karim. ‘Apa perlu aku hanya bertanya pada Tan Sri?’ Fathul tidak mampu untuk melakukan itu. Dia juga tahu kenyataan itu kerana dia tidak mahu mengganggu fikiran seorang yang terlantar sakit di wad rawatan rapi. Cukup membebankan pesakit dengan soal-soal pejabat dan dunia kapitalis. Projek belum lagi bermula. Permainan kotor berlangsung lebih awal dari dijangka Fathul. Di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman...

Read More

Dalam Insan

Ia hidup dalam insan Tiada sentuh bahkan rasa Mencipta purnama dalam taman Mengajak unggas menyanyi gembira Irama hati bergelora Ia hidup dalam insan Bertemu dan berpisah Hanya kisah fantamorgana Yang jauh di bawa dekat Yang dekat menjadi akrab Ia hidup dalam insan Menemani sejoli melayar bahtera Mengemudi pernikahan berwarna indah Mendewasa nadi dakwah Rasulullah Menyatu hati kerana Allah Ia hidup dalam insan Menemukan hamba dengan yang Maha Esa Merindukan umat dengan RasulNya Memartabatkan agama yang indah Ialah cinta. Nukilan: Zulakmar Hazwan Zulkhefli Dalam Insan 13 Muharram 1433 | 9 Disember 2011 Salju Pertama Bumi Sonata

Read More

What Are Words

I dedicate this song to my lovely wife Mardiana Marhaban and to my charming big boy son Zumar Zubayr… i will back home soon my love… Insya-Allah And also dedicated this song to those who appreciate love which bring human to peace and harmony… love your parent.. love your family… love Islam… love yourself…love the Prophets… love those for Allah…. Anywhere you are, I am near Anywhere you go, I’ll be there Anytime you whisper my name, you’ll see How every single promise I keep Cuz what kind of guy would I be If I was to leave when you need me most What are words If you really don’t mean them When you say them What are words If they’re only for good times Then they don’t When it’s...

Read More

5 Penawar Hati

‘Abdullah Al-Inthaqi rahimullah berkata “Ada 5 hal yang termasuk penawar hati iaitu:- 1. bergaul dengan orang soleh 2. membaca al-Quran dan mentadabburinya 3. sedikit makan 4. qiamullail 5. bermunajat kepada Allah pada waktu sahur Yang dimaksudkan dengan penawar hati adalah beberapa hal yang perlu dilakukan agar hati seseorang tidak menjadi keras. Bergaul dengan orang soleh maksudnya banyak menghadiri majlis ta’lim mereka dan mendengar nasihat mereka. Termasuk di dalamnya adalah sikap diam dan ‘uzlah dari mereka yang membicarakan kebathilan. Berkaitan dengan sedikit makan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Ada tiga hal yang dapat menyebabkan kerasnya hati, iaitu banyak makan, banyak tidur dan suka...

Read More

Demi Al-Aqsa

Beratus tahun isu Palestin dan Israel tidak pernah lelap. Isu ini tidak lagi menjadi hanya isu kemanusian tetapi merupakan isu akidah yang sangat utama. Baitulmuqaddis atau Jerusalem atau juga dikenali sebagai al-Quds adalah sebuah kota terletak di timur tengah yang mempunyai kepentingan terhadap agama Islam, Yahudi dan Kristian. Di sinilah terletaknya Masjidil Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan sebuah masjid antara 3 masjid paling suci bagi umat Islam. Di Baitulmaqaddis jugalah Rasulullah SAW mengalami peristiwa Israk Mikraj. Kehancuran kota dan kemanusian Al-Quds amat jelas menyeksakan dan memberi tekanan kepada penduduk Al-Quds sebelum kedatangan Salehuddin Al-Ayubi menguasai Jerusalem. Kedatangan beliau telah memberi warna baru kepada Al-Quds dan semua agama...

Read More

Quotes on Knowledge

If anyone travels on a road in search of knowledge, Allah will cause him to travel on one of the roads of Paradise. ——— Prophet Muhammad SAW as reported by Abu Darda in Sunan Abu Dawood, hadith #1631. The knowledge from which no benefit is derived is like a treasure out of which nothing is spent in the cause of Allah. ——— Prophet Muhammad SAW as reported by Abu Hurayrah, transmitted by Ahmad and Darimi in Al Tirmidhi, hadith #108. He who issues forth in search of knowledge is busy in the cause of Allah till he returns from his quest. ——— Prophet Muhammad SAW as reported by Anas Ibn Malik in Al Tirmidhi, hadith #420.

Read More